Wednesday, September 9, 2009

Di Musim Aidilfitri, Jangan Membazir

Bajet musim Aidilfitri

Pada hari ini, sambutan Aidilfitri semakin dikomersialkan. Namun, dengan situasi ekonomi sekarang, mungkin tiba masanya kita mengawal bajet untuk menyambut Lebaran.
JANGAN kerap berbuka puasa di hotel kerana ia membazir. - Gambar hiasan


'RAYA tahun ni, aku pun nak tukar langsir dan sofa baru, macam jiran sebelah. Kalau dia boleh beli, kenapa aku tidak? Alah... duit tak cukup boleh hutang, lepas raya aku bayar ansur-ansur.'
Inilah antara situasi yang berlaku setiap kali menjelang musim perayaan. Walaupun terpaksa mengikat perut untuk mengumpul wang atau berhutang, ia bukan masalah. Asalkan dapat memenuhi nafsu Raya yang inginkan segalanya serba baru.
Lebih menyedihkan, ada yang sanggup menukar langsir atau sofa baru, meskipun masih elok digunakan. Alasannya hanya kerana orang lain menukar set perabot baru.

LAILA JOHARI


"Mengapa kita harus mengikut orang lain? Tabiat sebegini harus dikikis kerana tidak membawa sebarang keuntungan. Secara dasarnya, tidak salah membeli perkakasan baru tetapi biarlah bertempat dan bersesuaian dengan pendapatan kita.
"Tiada gunanya bergaya dengan koleksi baru, padahal terpaksa berhutang pada kemudian hari. Tidakkah perkara ini membebankan? Sedangkan wang yang diperuntukkan untuk membayar hutang boleh digunakan membeli barangan yang lebih berfaedah," tegas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sd.Bhd, Laila Johari mengenai sikap segelintir individu yang suka membazir tatkala menjelang Hari Raya.
Walaupun Hari Raya disambut setahun sekali, tidak semestinya ia perlu diraikan dalam suasana mewah. Memadai sahaja gaya bersederhana kerana tujuan utama perayaan adalah meraikan kemenangan selepas berpuasa, merapatkan silaturahim dan salam keampunan antara satu sama lain.

PAKAI sahaja langsir yang lama jika masih elok. - Gambar hiasan


Justeru, Laila yang juga bertindak sebagai penasihat kewangan dalam kalangan selebriti menyarankan supaya menyediakan buku kecil untuk mencatatkan segala perbelanjaan harian. Seperti membayar parkir kereta, membayar tol, membeli juadah berbuka dan bermacam-macam lagi.
Meskipun kaedah ini nampak remeh tetapi hasilnya menguntungkan. Anda bukan sahaja dapat meneliti kos perbelanjaan harian malah dapat mengenal pasti perbelanjaan yang merugikan.
Jadi, sedikit sebanyak, amalan itu mendidik kita supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dan menabung terutamanya pasangan suami isteri yang memiliki cahaya mata. Hasil menabung itu dapat membantu meringankan perbelanjaan Raya. Maka, anda tidak perlu berhutang.
Selain berbelanja mewah untuk sambutan perayaan, tabiat membazir membeli juadah raya di bazar Ramadan juga harus dielakkan. Kawal nafsu agar tidak membeli makanan yang akhirnya dibuang begitu saja.
Sebaik-baiknya, sebelum ke bazar Ramadan, senaraikan terlebih dahulu makanan yang diingini. Selepas membeli, terus pulang ke rumah sebelum nafsu makan meningkat.

GUNAKAN wang anda sebaik mungkin.


"Langkah ini juga perlu dipraktikkan semasa kita sekeluarga membeli-belah pakaian, kuih-muih atau kasut Raya. Dapat sahaja barangan yang diingini, terus pulang ke rumah.
"Bukan itu sahaja, kepada keluarga yang gemar berbuka puasa di bufet yang jumlahnya boleh mencecah hampir RM400, sekali makan, hentikanlah. Bayangkan, jika wang itu dikumpul dan digunakan untuk perbelanjaan percutian anda sekeluarga, itu lebih bermakna," tambah Laila yang menasihati ibu bapa supaya mendidik anak-anak berjimat dan berbelanja secara sederhana.
Mengulas lanjut, memandangkan ekonomi negara berkembang perlahan dengan harga barang meningkat dan situasi kenaikan harga minyak, Laila memberikan tiga tip utama agar orang ramai dapat meraikan musim perayaan Aidilfitri dalam suasana gembira.

SEBELUM membeli-belah, pastikan anak menyenaraikan barangan yang diperlukan bagi mengelakkan pembaziran. - Gambar hiasan


Mengurangkan
Jika sebelum ini, sejumlah wang yang besar diperuntukkan untuk sambutan perayaan, apa kata pada tahun ini, anda cuba kurangkan perbelanjaan tersebut. Andai kata, saban tahun sebanyak 20 jenis kuih Raya dihasilkan, pastikan tahun ini, hanya 10 jenis kuih kegemaran keluarga sahaja dibuat atau dibeli.
Begitu juga dengan program rumah terbuka. Bincang bersama saudara mara yang lain untuk menganjurkan rumah terbuka bersama-sama. Bagi mengurangkan kos, sarankan supaya setiap ahli keluarga membawa makanan masing-masing (pot luck).
Menggunakan kembali
Pada bulan puasa, sekiranya rajin bersenam dan mengurangkan pemakanan, pastinya kita berpeluang menyarung baju kurung yang lama. Jadi, tidak perlu menempah baju Raya yang banyak. Ingin tampak menarik lagi, gayakan bersama aksesori.
Kitar semulaJika anak-anak mempunyai kasut yang masih boleh dipakai tetapi bosan dengan warna asal. Bawa mereka ke tukang kasut untuk melakukan proses mewarna mengikut rona kegemaran. Sekali lagi, tidak perlu membeli kasut baru, cuma menukar warna saja. Kos mewarna kasut ini juga tidak memerlukan belanja yang tinggi.
Kesimpulannya, bajet bulan puasa dan Raya dapat dibelanjakan sebaik-baiknya, sekiranya kita bijak menguruskan kewangan. Cara yang paling mudah, buat catatan perbelanjaan dan senaraikan barangan yang diperlukan saja.


This is ME. How it began!


Yes, I come from a simple family! My late father, a Portugis convert, Johari Bin Adbullah have always adviced me...to believe in Allah and believe in myself. Through the magic of life insurance I have achieved so many things on my wish list! Dreams do come TRUE!


Tuesday, September 8, 2009

My Journey in the Insurance Industry.


I have been an agent and now a financial planner with AIA Berhad since 1988. Came into the industry as a part time agent and on 14th February 1990 came in full time. And in a convention in Penang, I decided to go BIG AND BE KNOWN! I wanted to be the First Bumiputra to achieve the most prestigious association in the insurance industry worldwide - the MILLION DOLLAR ROUND TABLE (USA). MDRT was so important to that in that 8 months I worked to hard and with ALLAH'S blessings, I achieved it!

Yes, I was 1 of the 3 Bumiputra in the world to achieve the MDRT! I was so overwhelmed that I told myself, I can't do it just for a year. I must next, move to the next level...... to do it LIFE! And that means I have to keep on doing what I do best....See More People, See More People and See More People and educate them about the MIRACLE OF LIFE INSURANCE!

Now, 20 years later, I have achieved so many Industry Awards, and the best achievement is I am the ONLY BUMIPUTRA who is 19 years Qualifying and Life Member of the MDRT!

So if you are looking for a financial planner, I am the right person. And if you want to be a financial planner, I am with the right team. Call me or email me and we shall go create a Miracle in your earnings because in this industry.....Sky is the Limit!